awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

137 guru tabika keracunan makanan di Cheras

Bernama
Bernama
05/01/2020
08:25 MYT
137 guru tabika keracunan makanan di Cheras
Seramai 137 guru tabika yang menyertai kursus dua hari di sebuah pusat latihan di Cheras di sini, disyaki mengalami keracunan makanan awal pagi ini. - Gambar hiasan
Seramai 137 guru tabika yang menyertai kursus dua hari di sebuah pusat latihan di Cheras di sini, disyaki mengalami keracunan makanan awal pagi ini.
Timbalan Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hafizudin Muhamed Nor berkata, daripada jumlah itu, empat guru berkenaan dibawa ke unit kecemasan selepas mengadu sakit perut dan cirit-birit serta muntah.
Menurutnya, kejadian dilapor selepas mereka dipercayai mengambil makanan pada malam semalam dan mula mengalami cirit-birit serta muntah bermula kira-kira 3 pagi.
"Masih ada guru yang dirawat oleh sepasukan doktor yang bergegas ke tempat kejadian pagi tadi," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan Hospital Canselor Tuanku Muhriz,
Setakat ini, semua guru yang terlibat masih menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.
Difahamkan, kira-kira 200 guru Pasti menyertai kursus itu dan menikmati makanan dipercayai bubur kacang malam tadi yang dihidangkan di pusat latihan berkenaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru tabika
#keracunan makanan
#muntah
#Sakit perut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan