awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 AJK Wanita Umno Kalabakan letak jawatan

Bernama
Bernama
16/10/2013
08:28 MYT
14 AJK Wanita Umno Kalabakan letak jawatan
Empat belas daripada 15 anggota jawatankuasa Wanita Umno Bahagian Kalabakan yang menang pada pemilihan parti itu Sabtu lepas mengambil keputusan meletak jawatan sebagai protes berhubung pemilihan itu.
Suriyani Lamai, yang mengetuai protes itu, berkata mereka mengambil keputusan itu kerana menganggap banyak perkara meragukan dalam proses pemilihan.
"Kami mengambil keputusan meletak jawatan beramai-ramai kerana kami tidak puas hati," katanya pada sidang berita di sini hari ini yang turut dihadiri kesemua 14 anggota jawatankuasa bahagian itu.
Selain Suriyani, yang memperoleh undi terbanyak, turut meletak jawatan ialah Masnah Lama, Hindun Abu Bakar Titingan, Salmah Maidin, Astika Tahir, Nurida Abu Bakar, Zainab @ Jainab Ali, Shaniah Sampar, Norizan Omar, Juo Amin, Fatimah Abdullah, Sofiah Daud, Asiah Indobeche dan Muliati Engkeng.
Sementara itu bekas Ketua Wanita Umno Kalabakan Datuk Hamisa Samat yang turut hadir pada majlis itu berkata pihaknya telah menghantar laporan bantahan ke ibu pejabat Umno pusat kerana tidak berpuas hati dengan proses pemilihan itu dan berharap Jawatankuasa Pemilihan Umno memberi keputusan secepat mungkin.
"Jika boleh, sebelum 19 Okt ini dan pemilihan semula diadakan secara adil," kata Hamisa.
Dalam pemilihan itu, beliau tewas kepada Cahaya Sulaiman dengan majoriti 33 undi bagi jawatan Ketua Wanita bahagian dan menurut Hamisa, beliau memperoleh 384 undi berbanding 417 yang diraih Cahaya manakala 10 undi lagi rosak.
Wanita Kalabakan, katanya, mempunyai 825 perwakilan yang layak mengundi pada kali ini tetapi 764 orang yang hadir pada mesyuarat Sabtu lepas.
"Saya curiga dari mana dapat 47 undi yang lebih itu. Beberapa perwakilan telah pulang dan tidak sempat mengundi," dakwanya.
Beliau turut melahirkan kekecewaannya dengan proses pemilihan kali ini, yang didakwanya dicampuri banyak pihak.
"Ketika proses pengundian, ramai yang tidak berkenaan seperti kaum lelaki masuk ke dalam pusat pengundian. Ini tidak sepatutnya berlaku," dakwa Hamisa.
Bagaimanapun, Hamisa yang yakin dengan keputusan Umno pusat kelak setelah menghantar bantahan, meminta anggota Wanita Umno Kalabakan supaya bertenang dan meneruskan perjuangan parti. -- Bernama
Topic Berkaitan
#majlis tertinggi
#Najib Tun Razak
#pemilihan
#Pemilihan UMNO
#UMNO
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan