awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Adik cedera diserang abang menggunakan parang
Konflik Asia Barat: Iran nafi lancar peluru berpandu ke arah negara Teluk selepas gencatan senjata
Penerbangan tidak terjejas susulan kebakaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Mumbai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 banduan positif COVID-19 di Penjara Seberang Perai akan dibebaskan dalam tempoh sebulan

Bernama
Bernama
02/11/2020
20:50 MYT
14 banduan positif COVID-19 di Penjara Seberang Perai akan dibebaskan dalam tempoh sebulan
Sehingga kini, Penjara Seberang Perai mencatatkan 270 kes positif COVID-19 dengan tiga kes aktif melibatkan pegawai penjara, yang semuanya telah pulih dan dibenarkan keluar Hospital Pulau Pinang. - Gambar fail
NIBONG TEBAL:Seramai 14 banduan di Penjara Seberang Perai, Jawi dekat sini yang menunggu untuk dibebaskan dalam tempoh sebulan ini disahkan positif COVID-19 pada Ahad.
Pengarah Penjara Seberang Perai Zulkifli Abdul Manah berkata semua banduan itu disahkan positif selepas menjalani ujian saringan kedua COVID-19 oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Kini menjadi prosedur penjara, bagi banduan menunggu untuk dibebaskan mereka perlu menjalani ujian saringan COVID-19 untuk memastikan mereka bebas daripada wabak itu, supaya virusnya itu tidak terus menular apabila mereka dibebaskan nanti," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.
Sehingga kini, Penjara Seberang Perai mencatatkan 270 kes positif COVID-19 dengan tiga kes aktif melibatkan pegawai penjara, yang semuanya telah pulih dan dibenarkan keluar Hospital Pulau Pinang.
Penjara Seberang Perai dan kawasannya termasuk kuarters kakitangan, yang melibatkan 2,110 banduan, 1,129 kakitangan penjara dan anggota keluarga serta 32 kakitangan kerajaan, kini diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sehingga 4 Nov ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penjara Seberang Perai
#kes positif
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#perintah kawalan pergerakan
#PKPD
#Zulkifli Abdul Manah
#banduan
#Bebas
#ujian saringan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan