awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Way: Dua pengarah urusan, seorang pengarah syarikat didakwa beri rasuah lebih RM1.28 juta
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 maut, 33 dirawat keracunan arak di Selangor

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
18/09/2018
10:05 MYT
15 maut, 33 dirawat keracunan arak di Selangor
Tujuh mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh, empat meninggal dunia di Hospital Kajang dan empat lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Selayang.
Sekurang-kurangnya 15 lelaki disahkan meninggal dunia dan 33 lagi dimasukkan ke hospital dipercayai akibat keracunan arak sekitar kawasan Lembah Klang sejak semalam.
Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor, mangsa terdiri daripada warga asing dan warga tempatan.
Beliau berkata, kes berkenaan disiasat sebagai mati mengejut (SDR) dan polis sedang menunggu laporan penuh bedah siasat terhadap mangsa.
Tujuh mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sungai Buloh, empat meninggal dunia di Hospital Kajang dan empat lagi meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Selayang.
Manakala, 33 lagi mangsa dirawat di Hospital Sungai Buloh (15 orang), Hospital Kajang (15 orang), Hospital Selayang (seorang), Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (seorang) dan Hospital Shah Alam (seorang) kerana mengalami simptom yang sama.
Kata Mazlan, hasil maklumat yang diperoleh, kesemua mangsa dipercayai meminum tiga jenis arak yang dikenalpasti iaitu Mandalay Whiskey, King Fisher Beer dan Grand Royal Whiskey.
Dalam satu kenyataan, polis akan menjalankan pemeriksaan di kedai-kedai berkaitan untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Topic Berkaitan
#arak
#Ketua Polis Selangor
#mangsa
#mati
#Mazlan Mansor
#meninggal dunia
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan