awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
Selangor belum putuskan waktu kerja penjawat awam sepanjang Ramadan - MB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

155,893 individu diberhentikan kerja sejak 2020 - Saravanan

Astro Awani
Astro Awani
23/09/2021
03:31 MYT
155,893 individu diberhentikan kerja sejak 2020 - Saravanan
Saravanan berkata daripada jumlah itu, 141,191 pekerja di Semenanjung Malaysia diberhentikan oleh 5,095 majikan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sejumlah 155,893 individu diberhentikan kerja di seluruh negara ketika pandemik COVID-19 melanda negara sejak tahun 2020 sehingga Julai 2021.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata daripada jumlah itu, 141,191 pekerja di Semenanjung Malaysia diberhentikan oleh 5,095 majikan.
"Manakala bagi negeri Sarawak, sebanyak 509 majikan terlibat dengan pemberhentian melibatkan seramai 8,996 orang pekerja dalam tempoh yang sama.
"Di negeri Sabah pula, 355 majikan terlibat dalam pemberhentian seramai 5,706 pekerja dalam tempoh 2020 hingga September 2021 yang melibatkan sektor penginapan dan rantaian perkhidmatan makanan serta minuman, sektor pembuatan, sektor pembinaan dan sektor pentadbiran dan khidmat sokongan," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat pada Rabu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang meminta Kementerian menyatakan berapa banyak bilangan majikan yang telah diambil tindakan akibat menghentikan pekerja-pekerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mula dikuatkuasakan dari tahun 2020 sehingga sekarang.
Menjawab soalan itu, Saravanan berkata sehingga kini tiada tindakan pendakwaan dibuat ke atas majikan kerana majikan yang memberhentikan pekerja mematuhi peruntukan di bawah Seksyen 63, Akta Kerja 1955 (Akta 265).
"Majikan yang gagal mematuhi peruntukan undang-undang yang ada atau melanggar peruntukan di bawah akta, apabila sabit kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan," katanya.
Antara syarat yang dikenakan termasuk mewajibkan majikan melengkap dan mengemukakan Borang Pemberhentian (PK) dalam tempoh 30 hari sebelum tindakan pemberhentian dilakukan.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#diberhentikan kerja
#Saravanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan