awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Syarikat tempatan perlu diberi keutamaan, peluang dalam projek AI - Sim
PBT Negeri Sembilan diarah bertindak segera atasi rumah ibadat tidak berlesen - Exco
Laporan Bloomberg: Azam Baki patuhi pengisytiharan harta melalui saluran rasmi - SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

160 pangkalan hadapan di Kelantan sedia agih bekalan keperluan banjir

Bernama
Bernama
21/11/2023
04:50 MYT
160 pangkalan hadapan di Kelantan sedia agih bekalan keperluan banjir
JKM Kelantan telah membuat persiapan awal dengan menghantar bekalan keperluan bencana di 160 pangkalan hadapan dan sudah melantik jawatankuasa di PPS bagi melicinkan urusan membantu mangsa banjir. - Gambar fail
KOTA BHARU: Sebanyak 160 pangkalan hadapan di Kelantan bersiap sedia untuk mengagihkan bekalan keperluan bencana banjir ke 456 pusat pemindahan sementara (PPS) yang diwartakan di negeri itu pada musim tengkujuh tahun ini.
Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan Said Sidup berkata peruntukan sebanyak RM1.7 juta untuk membeli bekalan keperluan bencana seperti makanan dan bantuan lain akan terus dihantar ke PPS yang terlibat apabila menerima arahan daripada ketua jajahan di kawasan terbabit.
"JKM Kelantan telah membuat persiapan awal dengan menghantar bekalan keperluan bencana di 160 pangkalan hadapan dan sudah melantik jawatankuasa di PPS bagi melicinkan urusan membantu mangsa banjir.
"Berdasarkan pengalaman bencana banjir sebelum ini, jajahan Pasir Puteh, Pasir Mas dan Tanah Merah antara kawasan yang awal PPS dibuka di Kelantan, tetapi kita sentiasa memberi perhatian di semua kawasan dari semasa ke semasa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebelum ini, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Aiman Athirah Sabu berkata barangan keperluan bencana sudah dihantar dari depoh utama negeri ke pangkalan hadapan bagi mengelakkan berlakunya kelewatan bantuan.
Monsun timur laut berlaku bermula November hingga Mac tahun depan.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#musim tengkujuh
#pangkalan hadapan
#jkm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan