awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 kampung berhampiran Sungai Nenggiri dan Sungai Kelantan dijangka banjir minggu ini

Bernama
Bernama
08/12/2024
02:00 MYT
19 kampung berhampiran Sungai Nenggiri dan Sungai Kelantan dijangka banjir minggu ini
Penduduk setempat menggunakan bot untuk meninjau keadaan kediaman mereka yang masih digenangi banjir walaupun air mulai surut ketika tinjauan di Kampung Lachang, Rantau Panjang, pada Sabtu. - Gambar Bernama
KOTA BHARU: Hampir 19 kampung yang terletak dalam radius lima kilometer berhampiran Sungai Nenggiri dan Sungai Kelantan dijangka mengalami banjir bermula Selasa hingga Jumaat ini.
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi pada 5 Dis lepas.
Menurut kenyataan JPS, kampung yang dijangka terjejas di kawasan Sungai Nenggiri, daerah Gua Musang ialah Kampung Pasir Tumboh Lama, Kampung Kala, Kampung Jeram Tekoh, Kampung Dalam Lah, Kampung Kuala Betis, Kampung Kuala Sungai, Kampung Bertam Lama, Kampung Bertam Baru dan Kampung Pasir Tumbuh Baru.
Sementara itu, kampung-kampung berhampiran Sungai Kelantan di daerah Machang yang dijangka dilanda banjir pula termasuk Kampung Pasir Senor, Kampung Kerilla, Kampung Kuala Hau, Kampung Temangan Lama, Temangan, Kampung Pauh, Kampung Telok Choh, Kampung Belukar Panjang, Kampung Bukit Besi, dan Kampung Pertok.
JPS turut memaklumkan banjir yang diramalkan boleh berlaku lebih awal atau lewat daripada tempoh yang dijangkakan.
Amaran tersebut dikeluarkan bagi membolehkan penduduk, terutamanya yang berada di kawasan berisiko banjir, mengambil langkah berjaga-jaga serta mematuhi arahan pihak berkuasa dan agensi pengurusan bencana. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#sungai nenggiri
#Sungai Kelantan
#19 kampung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan