awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JPKK diingatkan amal integriti tinggi, adil - MB Negeri Sembilan
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB hampir cagar minyak, gas di laut Terengganu - Ahmad Said

Astro Awani
Astro Awani
13/05/2015
01:00 MYT
1MDB hampir cagar minyak, gas di laut Terengganu - Ahmad Said
AHMAD: 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah hampir hendak mencagarkan minyak dan gas di laut Terengganu.
Syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pernah hampir bertindak mencagarkan minyak dan gas di laut Terengganu.
Perkara ini dimaklumkan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dalam satu laporan oleh Sinar Harian pada Selasa.
Ahmad dilaporkan berkata urus niaga itu hampir dilaksanakan semasa 1MDB mempunyai hubung kait dengan Terengganu Investment Authority (TIA) semasa penubuhannya pada awal 2008, namun ia tidak diteruskan ekoran beberapa masalah.
“... ini salah satu sebab saya dimarahi Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain sehingga akhirnya kita menarik diri.
“Buat masa ini saya tidak boleh menjawab isu ini. Saya menunggu masa yang sesuai. Tetapi, saya akui betul 1MDB asalnya TIA yang modalnya berbayar, saya bagi pihak kerajaan negeri yang membayar,” katanya.
Walau bagaimanapun, Ahmad menerangkan bahawa Terengganu tidak mengalami kerugian kerana ia telah menuntut kembali wang berjumlah RM1 juta yang digunakan sebagai modal berbayar.
1MDB yang berdepan hutang sebanyak RM42 bilion itu dikaitkan dengan pelbagai isu kontroversi, dengan isu terbaru di mana ia dilapor menjual tanah kepada Tabung Haji pada harga RM188.5 juta, seperti yang didedahkan oleh blog The Benchmark.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Ahmad Said
#cagar
#Najib Razak
#terengganu
#Terengganu Investment Authority
#TIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan