awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
PTVM hargai sumbangan Suhaimi Sulaiman, gesa transformasi RTM diteruskan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Mahkamah Tinggi tolak permohonan kerajaan lucut hak dana, aset RM114 juta dirampas dari Pavillion Residences

Firdaus Azil
Firdaus Azil
20/05/2021
03:55 MYT
1MDB: Mahkamah Tinggi tolak permohonan kerajaan lucut hak dana, aset RM114 juta dirampas dari Pavillion Residences
Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor serta UMNO merupakan antara parti ketiga yang cuba menghalang permohonan tersebut. - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan kerajaan Persekutuan untuk melucut hak wang RM114 juta dipercayai milik 1MDB.
Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin ketika menyampaikan keputusannya berkata, Pejabat Peguam Negara gagal membuktikan kebarangkalian kemungkinan wang itu dari 1MDB.
Tambahnya lagi, pihak pendakwaan juga gagal membuktikan wang berkenaan datang daripada hasil aktiviti pecah amanah jenayah (CBT).
Kerajaan Persekutuan sebelum ini membuat permohonan untuk melucutkan hak RM114,164,393.44 dalam bentuk wang dan aset barangan kemas serta beg tangan mewah, yang disita dari sebuah kondominium mewah Pavillion Residences milik OBYU Holdings Sdn Bhd pada 2018.
Serbuan dan rampasan itu dibuat kerana kerajaan Persekutuan percaya aset dan wang tersebut mempunyai kaitan dengan 1MDB.
Untuk rekod, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor serta UMNO merupakan antara pihak yang cuba menghalang permohonan tersebut.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#1MDB
#OBYU Holdings
#Najib Razak
#Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
#kerajaan Persekutuan
#pecah amanah jenayah
#CBT
#melucut hak wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan