awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa Switzerland

Astro Awani
Astro Awani
23/08/2015
07:39 MYT
1MDB sedia beri kerjasama kepada pihak berkuasa Switzerland
Syarikat pelaburan 1MDB sedia memberi kerjasama penuh kepada pejabat Peguam Negara Switzerland dalam siasatan ke atasnya. -Gambar fail
Syarikat pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sedia memberi kerjasama penuh kepada pejabat Peguam Negara Switzerland berhubung siasatan ke atasnya.
"1MDB setakat ini belum dihubungi mana-mana pihak berkuasa Switzerland, tetapi kami sedia memberi kerjasama penuh dalam mana-mana siasatan, atas nasihat pihak berkuasa Malaysia," kata 1MDB dalam satu kenyataan media hari ini.
Agensi media Reuters sebelum ini melaporkan pejabat Peguam Negara Switzerland membuka kertas siasatan berhubung 1MDB pada 14 Ogos 2015.
Menurut laporan tersebut, siasatan dibuka ke atas dua entiti milik 1MDB termasuk seorang individu tidak dikenali.
Laporan itu turut menyebut, kes itu membabitkan "pegawai awam asing yang dipercayai melakukan rasuah, pengurusan kepentingan awam tidak jujur dan pengubahan wang haram."
Topic Berkaitan
#1MDB
#kerjasama
#kertas siasatan
#Peguam Negara
#Switzerland
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan