awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China bangunkan pemacu gelombang mikro 20GW yang mampu lumpuhkan satelit
Malaysia, India terus perkasa kerjasama termasuk perdagangan, kestabilan serantau - Mohamad Hasan
KPDN perkukuh penguatkuasaan isu persaingan agensi pelancongan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 warga India ditahan cuba seludup dadah bernilai RM717,000

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
26/06/2019
07:40 MYT
2 warga India ditahan cuba seludup dadah bernilai RM717,000
Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - GAMBAR Astro AWANI
Dua lelaki warga India ditahan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki cuba menyeludup dadah seberat 14.34 kilogram (kg) bernilai RM717,000 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), minggu lalu.
Penolong Ketua Pengarah JKDM Zon Tengah, Datuk Zulkurnain Mohamed Yusuf berkata, suspek pertama berumur 30 tahun tiba dari Hyderabad, India dengan menaiki penerbangan AirAsia AK68 sebelum ditahan pada pukul 7.55 pagi, Rabu lalu.
“Hasil imbasan dan pemeriksaan terhadap sebuah kotak berisi pengisar dibawa suspek menemukan satu bungkusan plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu yang disorokkan dalam ruang khas di bawah kotak tersebut.
“Bungkusan seberat 6.6 kg itu dianggarkan bernilai RM330,000,” katanya dalam sidang media di sini pada Rabu.
Sementara itu, suspek kedua, katanya, tiba dari Bengaluru, India dengan menaiki penerbangan IndiGO 6E1813 dan ditahan pada pukul 1.30 pagi, Khamis lalu.
Jelasnya, suspek berusia 30 tahun itu ditahan selepas sepasukan Pegawai Kastam Cawangan Pemeriksaan Penumpang melakukan pemeriksaan ketika lelaki itu melalui mesin pengimbas.
“Hasil imbasan dan pemeriksaan ke atas dua buah kotak yang dibawa, pasukan menemui 15 bungkusan yang mengandungi serubuk putih disorok dalam tiga storage case dan anggaran berat dadah ditemui ialah sebanyak 7.74kg.
“Kesemua dadah dianggarkan bernilai RM387,000,” ujarnya.
Ditanya sama ada kedua-dua lelaki ini adalah dari sindiket sama, beliau berkata: “Pemeriksaan awal mendapati mereka tiada hubungan, tetapi menggunakan modus operandi hampir sama iaitu menyembunyi bungkusan plastik disyaki dadah di dalam ruangan khas yang diubahsuai.”
Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
“Jika disabit bersalah, kedua-dua suspek boleh dihukum gantaung sampai mati mandatori.
“Kedua-dua suspek kini direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Sepang untuk siasatan lanjut,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#AirAsia
#kastam
#KLIA2
#Kuala Lumpur
#Mahkamah Majistret
#Seludup dadah
#siasatan
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan