awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 jenazah warga Malaysia dibawa pulang Jumaat ini - Hishammuddin

Bernama
Bernama
20/08/2014
07:41 MYT
20 jenazah warga Malaysia dibawa pulang Jumaat ini - Hishammuddin
20 jenazah warga Malaysia dibawa pulang Jumaat ini - Hishammuddin
Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 10 pagi, Jumaat ini akan melibatkan 20 jenazah mangsa warganegara Malaysia.
Kumpulan pertama jenazah itu terdiri daripada 17 keranda dan tiga lagi di dalam bekas abu namun tidak melibatkan jenazah warga Belanda yang dilaporkan sebelum ini akan dikebumikan di Malaysia.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata senarai penuh jenazah mangsa akan diumumkan esok.
"Perbincangan kita dalam Jemaah Menteri, kita mengesahkan pada Jumaat ini kita akan terima 20 jenazah warganegara kita kembali ke tanah air. Kita juga dapat pengesahan walaupun ada tambahan jenazah tetapi ia tidak menjejaskan persiapan di negeri-negeri berkenaan," katanya dalam sidang media bersama di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.
Hadir sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
Setakat ini, 28 rakyat Malaysia mangsa nahas MH17 telah dikenal pasti. Namun, lapan lagi jenazah belum mendapat perlepasan daripada pihak berkuasa Netherlands untuk dibawa pulang pada Jumaat ini.
"Kita sedang buat persiapan untuk penerimaan kedua, dijangka pada 24 Ogos ini," kata Hishammuddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Koordinasi Persediaan Pelaksanaan Istiadat Penerimaan Jenazah Warganegara Malaysia Tragedi MH17 pada Jumaat ini, yang diisytiharkan sebagai Hari Perkabungan Negara.
Beliau berkata semua anggota Dewan Rakyat daripada semua parti politik dijemput menghadiri istiadat penghormatan di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Katanya Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah memberi perkenan untuk berangkat menghadiri istiadat berkenaan.
Beliau berkata Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dijangka berangkat pada majlis penerimaan jenazah di Ipoh, Perak.
Topic Berkaitan
#Amsterdam
#Hishammuddin Hussein
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH17
#Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan