awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bank Muamalat tawar bantuan ketahanan kewangan sementara kepada pelanggan
Sekatan internet terhadap rakyat Iran hingga perang berakhir - Tehran
Empat individu termasuk dua pensyarah direman empat hari bantu siasatan kes rasuah RM5 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

23 motosikal, sebuah ATV musnah dalam kebakaran

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
08/02/2024
01:45 MYT
23 motosikal, sebuah ATV musnah dalam kebakaran
Sebanyak 23 buah motosikal dan sebuah kenderaan lasak serba bentuk permukaan bumi (ATV), musnah dalam kebakaran sebuah bengkel motosikal di Kampung Guar Perahu, Bukit Mertajam, pagi hari ini.
BUKIT MERTAJAM: Sebanyak 23 motosikal dan sebuah kenderaan lasak pelbagai bentuk permukaan bumi (ATV) hangus dalam kebakaran di sebuah bengkel di Kampung Guar Perahu, di sini, awal pagi tadi.
Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fadzil Othman, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 3.18 pagi berhubung insiden itu.
Katanya, sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penanti bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati api sedang marak dan kebakaran itu telah memusnahkan hampir keseluruhan strukur bengkel motosikal terbabit.
Bagaimanapun, tiada mangsa terbabit dalam kebakaran tersebut.
"Sebanyak 23 unit motosikal dan sebuah ATV yang berada dalam bengkel itu turut musnah dengan peratusan kebakaran sebanyak 90 peratus,” katanya hari ini.
Kerja- kerja pemadaman dan pengawalan api dilakukan anggota dan operasi tamat pada jam 5.50 pagi.
Operasi berkenaan turut dibantu jentera dan anggota dari BBP Perai dan BBP Bukit Mertajam.
Setakat ini, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Topic Berkaitan
#kebakaran
#bengkel motosikal
#Kampung Guar Perahu
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan