awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumi

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2015
03:06 MYT
24 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia dikebumi
24 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis selamat dikebumikan.
Sebanyak 24 lagi jenazah mangsa pemerdagangan manusia yang ditemui di Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis selamat dikebumikan awal pagi tadi, menjadikan jumlah jenazah yang selamat dikebumikan setakat ini kepada 99.
Baki tujuh jenazah lain dijangka dikebumikan selepas Hari Raya Aidilfitri setelah selesai proses bedah siasat.
Jenazah 24 lelaki tiba di tanah perkuburan itu kira-kira jam 12.30 malam tadi dan disemadikan di dalam satu liang lahad.
Jenazah ini merupakan kumpulan keempat daripada 106 mayat mangsa yang menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar.
Upacara pengebumian diuruskan oleh Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK) bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Ia turut dibantu beberapa wakil dari persatuan warga Rohingya Kedah dan penduduk tempatan.
Pengkebumian disempurnakan di tanah perkuburan Islam Kampung Tualang di Pokok Sena, Kedah di lokasi sama jenazah lain disemadikan sebelum ini.
Topic Berkaitan
#kebumi
#pemerdagabngan manusia
#Rohingya
#Wang Kelian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan