awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PETRONAS peroleh PSC bagi kluster permata di luar pantai Sabah
Jawatankuasa Gaza nanti mesyuarat Lembaga Keamanan sahkan komitmen dana bantuan, pembangunan semula
Negara Arab, Islam kecam langkah terbaharu Israel kukuhkan kawalan di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi

Astro Awani
Astro Awani
28/01/2025
09:01 MYT
24 Mac ditetapkan tarikh mediasi saman Tuan Ibrahim ke atas Rafizi
24 Mac ditetapkan bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Rafizi Ramli secara mediasi.- Gambar fail
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 24 Mac bagi menyelesaikan saman fitnah difailkan bekas Menteri Alam Sekitar, Tuan Ibrahim Tuan Man terhadap Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli secara mediasi.
Menurut peguam yang mewakili Rafizi, Aina Syazwani Mansor, tarikh itu ditetapkan Hakim Datuk Aliza Sulaiman semasa pengurusan kes.
Tarikh itu juga ditetapkan bagi pemakluman hasil mediasi.
Menerusi proses ini, pertikaian undang-undang akan diselesaikan tanpa melalui perbicaraan di mahkamah.
Dalam sesi pendengaran yang berlangsung, Rafizi tiba di mahkamah pada jam 10:05 pagi mengenakan sut hitam, manakala Tuan Ibrahim tidak menghadirkan diri.
Pada 17 November 2022, Tuan Ibrahim memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan terhadap Rafizi.
Ini selepas Rafizi mendakwanya meluluskan pemberian kontrak bernilai berbillion ringgit kepada kroni pada tahun 2022.
Dalam saman itu, Tuan Ibrahim mendakwa Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada dua sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya pada tahun sama.
Writ itu difailkan melalui peguamnya, Tetuan Yusfarizal Aziz & Zaid.
Rafizi kemudian diarahkan menjawab saman fitnah tersebut oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau bagaimanapun menafikan kenyataan fitnah dibuat semasa dua sidang media tersebut.
Topic Berkaitan
#Mahkamah Tinggi
#Kuala Lumpur
#Rafizi Ramli
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#saman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan