awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
Raja Permaisuri Agong berangkat saksikan JMR di Asian Le Mans 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

24 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu imigresen, JPJ di Gua Musang

Bernama
Bernama
09/10/2025
22:10 MYT
24 warga asing ditahan dalam operasi bersepadu imigresen, JPJ di Gua Musang
Siasatan mendapati modus operandi warga asing berkenaan menggunakan perkhidmatan bas awam bagi mengelak diperiksa dan ditahan pihak berkuasa. - Foto Facebook/JIM Kelantan
KOTA BHARU: Jabatan Imigresen Malaysia Kelantan menahan 24 warga asing dalam Operasi Bersepadu bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Stesen Penguatkuasa JPJ Mentara, Gua Musang, pada Rabu.
Pengarahnya Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan berkata operasi bermula pada 8 pagi itu melibatkan 40 pegawai penguat kuasa daripada kedua-dua agensi dan dilaksanakan hasil risikan serta pemantauan rapi di kawasan berkenaan.
Beliau berkata siasatan mendapati modus operandi warga asing berkenaan menggunakan perkhidmatan bas awam bagi mengelak diperiksa dan ditahan pihak berkuasa.
Mereka yang ditahan itu terdiri lelaki warga Bangladesh, India, Pakistan, Indonesia serta Myanmar.
"Turut ditahan wanita warga Indonesia, India dan Bangladesh," katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata kesemua yang ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c), Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 57(1)(d) Akta Imigresen 1959/63, dan kini ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#operasi bersepadu
#Imigresen
#JPJ
#perkhidmatan bas awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan