awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

287 kematian akibat lemas, angka yang membimbangkan - KP Bomba

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
18/12/2024
01:15 MYT
287 kematian akibat lemas, angka yang membimbangkan - KP Bomba
Nor Hisham mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air dan peka dengan keadaan cuaca apatah lagi ketika Monsun Timur Laut ini. - Foto Astro AWANI
KUALA TERENGGANU: Jumlah kehilangan nyawa membabitkan kematian di air membimbangkan dan setakat Disember tahun ini sebanyak 287 kes kematian akibat lemas telah direkodkan.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, daripada jumlah itu, mangsa paling ramai melibatkan lingkungan umur 20 hingga 39 tahun iaitu sebanyak 38%.
Ini diikuti mangsa berumur antara tujuh dan 19 tahun sebanyak 29% dan antara 40 dan 59 tahun sebanyak 21%.
Pada masa sama, kes kematian paling tinggi dicatatkan di kawasan sungai, tali air dan pantai.
"Setiap tahun kes lemas tidak menunjukkan penurunan ketara. Dan jumlah yang direkodkan agak membimbangkan, dengan kes paling tinggi dicatat pada Februari dan Oktober lalu.
"Kita berharap baki dua minggu terakhir ini tiada lagi kes dan kematian akibat lemas direkodkan," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sementara itu, Nor Hisham mengingatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada ketika melakukan aktiviti air dan peka dengan keadaan cuaca, apatah lagi ketika ini Monsun Timur Laut belum berakhir.
Katanya, masyarakat juga perlu meningkatkan tahap kesedaran mengenai risiko di air termasuk pemakaian jaket keselamatan sepanjang melakukan aktiviti air.
Beliau berkata pelbagai pendekatan telah dijalankan JBPM untuk menurunkan statistik kes kematian akibat lemas.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#lemas
#monsun timur laut
#JBPM
#Aktiviti air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan