awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
Lima realiti ekonomi Malaysia yang sering diabaikan menurut Bank Dunia
Mekanisme SPENT beri peluang kedua bekas banduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

30,000 pengunjung dijangka meriahkan Hari Malaysia di Sabah

Bernama
Bernama
13/09/2024
21:15 MYT
30,000 pengunjung dijangka meriahkan Hari Malaysia di Sabah
Liew berkata acara prapersembahan akan bermula seawal 5 petang hingga 7.30 malam diselang-selikan dengan ketibaan jemputan serta menampilkan persembahan artis. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Seramai 30,000 pengunjung dijangka menghadiri majlis sambutan Hari Malaysia 2024 peringkat kebangsaan yang berlangsung di Padang Merdeka di sini pada 16 Sept, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew.
Beliau yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2024 berkata sementara menanti acara utama bermula, prapersembahan akan bermula seawal 5 petang hingga 7.30 malam diselang-selikan dengan ketibaan jemputan serta menampilkan persembahan artis.
"Penampilan khas maskot adiwira di kawasan tapak acara pascapersembahan akan diteruskan selepas persembahan bunga api dan keberangkatan pulang tetamu kehormat," katanya pada sidang media di sini pada Jumaat.
Liew berkata antara acara yang dijadual berlangsung pada malam itu ialah menandatangani Buku Khas sambutan Hari Malaysia 2024 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor disaksikan oleh Liew dan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil yang juga Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Malaysia 2024.
Beliau berkata bagi memberkati sambutan itu, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah (JHEAINS) akan menganjurkan majlis bacaan yasin dan doa selamat pada hari ini di Masjid Nurul Hikmah, Bukit Padang di sini.
Liew berkata penganut agama lain juga digalakkan untuk bersama-sama mendoakan kesejahteraan dan keselamatan negara mengikut kepercayaan masing-masing.
Aktiviti lain termasuk pameran, bazar jualan, pertandingan nyanyian lagu patriotik, pertandingan mencari harta karun di arkib negeri dan balai seni lukis, night at the archives, pertandingan e-sport, kuiz kenegaraan dan pertandingan melukis berkonsepkan tema "Malaysia MADANI, Jiwa Merdeka".
"Wow factor" yang akan diketengahkan melibatkan persembahan kebudayaan yang unik, pertunjukan hologram, persembahan dron, pertunjukan cahaya dan bunyi serta elemen kreatif mencerminkan tema "Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka".
"Sambutan Hari Malaysia bukan sekadar perayaan, ia pengiktirafan terhadap identiti dan jati diri kita sebagai bangsa berbilang kaum tetapi bersatu hati," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Malaysia
#pelancongan
#elemen kreatif
#kuiz kenegaraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan