awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes Zara Qairina: Mahkamah tangguh prosiding komital terhadap Shafie Apdal
10 maut dalam insiden tembakan di sekolah Kanada
ICE sahkan bertugas di lokasi Piala Dunia AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

319 anggota, pegawai polis Selangor dikenakan tindakan tatatertib Jan-Sept tahun ini

Bernama
Bernama
11/10/2023
09:47 MYT
319 anggota, pegawai polis Selangor dikenakan tindakan tatatertib Jan-Sept tahun ini
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara kesalahan dilakukan adalah yang berkaitan tindakan melanggar integriti, kesalahan berkaitan tadbir urus, rasuah, jenayah, jenayah syariah dan dadah. - Gambar fail/BERNAMA
PELABUHAN KLANG: Seramai 319 pegawai dan anggota polis di Selangor telah dikenakan tindakan tatertib disebabkan pelbagai kesalahan antara Januari dan September tahun ini.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata antara kesalahan dilakukan adalah yang berkaitan tindakan melanggar integriti, kesalahan berkaitan tadbir urus, rasuah, jenayah, jenayah syariah dan dadah.
"Saya tidak akan berkompromi dan melindungi kesalahan atau jenayah yang dilakukan mereka (anggota), walaupun angka itu sangat kecil berbanding kekuatan anggota di negeri ini seramai 15,000 orang, kita tidak akan ambil mudah mengenai kesalahan ini.
"Selain itu (dalam tempoh Januari hingga September lepas) 45 anggota dan dua pegawai kanan polis telah dituduh di mahkamah," katanya dalam sidang akhbar selepas program Latih Amal Ops Ex-Ganjar 2023 di Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.
Sementara itu Hussein berkata indeks jenayah di Selangor meningkat enam peratus berbanding tahun lepas, namun ia tidak melangkaui nilai ambang yang ditetapkan oleh pihaknya.
"Ada peningkatan ekoran peningkatan aktiviti ekonomi selepas pandemik COVID-19 dan sebagainya, polis akan mengambil tindakan yang lebih agresif dalam mengekang aktiviti jenayah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Selangor
#tindakan tatertib
#pelbagai kesalahan
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan