awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 kedai sederet di Parit Raja terbakar

Sinar Harian
Sinar Harian
17/05/2021
04:13 MYT
4 kedai sederet di Parit Raja terbakar
Deretan kedai terdiri daripada empat premis setingkat di Parit Raja di sini, terbakar pada malam Ahad. -Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Deretan kedai terdiri daripada empat premis setingkat di Parit Raja di sini, terbakar pada malam Ahad.
Kebakaran itu membabitkan dua premis kedai menjual aksesori telefon, satu premis kedai makan dan satu premis kedai kasut.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam, Penguasa Bomba Kanan II Ahmad Murad Sa'ad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada jam 11.43 malam.
Katanya, 25 anggota bersama tiga jentera dari BBP Ayer Hitam, BBP Penggaram dan BBP Batu Pahat dikerahkan ke lokasi.
"Anggota berjaya mengawal kebakaran dan menyelamatkan sebuah kedai daripada musnah dijilat api. Operasi pemadaman ditamatkan pada jam 1.30 pagi," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan. Tiada kecederaan dilaporkan.
Artikel asal di Sinar Harian: 4 kedai sederet di Parit Raja terbakar
Topic Berkaitan
#Empat kedai sederet
#kebakaran
#BBP
#Parit Raja
#Batu Pahat
#bomba
#Ahmad Murad Sa'ad
#premis kedai
#Kedai makan
#kedai kasut
#premis setingkat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan