awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
29/08/2023
03:50 MYT
40 ADUN P.Pinang angkat sumpah, Law Choo Kiang kekal Speaker DUN
Semua 40 wakil rakyat mengangkat sumpah jawatan didahului Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota, diikuti ADUN lain. -Astro AWANI
GEORGE TOWN: Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun Datuk Law Choo Kiang sekali lagi dilantik sebagai Yang Dipertua (YDP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi penggal ketiga berturut-turut.
Choo Kiang, 53, ialah calon tunggal dilantik bagi jawatan itu pada Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15 yang berlangsung pagi tadi.
Pelantikan Choo Kiang yang juga Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (PKR ) itu dibuat mengikut Peraturan 1, Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat DUN Pulau Pinang.
ADUN Bayan Lepas Azrul Mahathir Aziz, 47, yang juga wakil tunggal daripada AMANAH pula dilantik Timbalan Yang Dipertua DUN Pulau Pinang, selepas menjadi calon tunggal bagi jawatan itu.
Pencalonan Choo Kiang dicadangkan Ketua Menteri Chow Kon Yeow dan disokong Timbalan Ketua Menteri I Datuk Mohamad Abdul Hamid pada Majlis Angkat Sumpah ADUN Pulau Pinang hari ini.
Pada sidang sama, semua 40 wakil rakyat mengangkat sumpah jawatan didahului Kon Yeow yang juga ADUN Padang Kota, diikuti ADUN lain.
Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-15 Pulau Pinang menyaksikan 29 ADUN dari gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengangkat sumpah selepas berjaya membentuk kerajaan negeri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos lalu.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Law Choo Kiang
#angkat sumpah jawatan
#Yang Dipertua
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan