awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
IEA jangka pengeluaran minyak global 2026 merudum 1.54 juta tong sehari - Laporan
14 menara komunikasi pulih sepenuhnya selepas insiden vandalisme di Kuala Pilah
Had umur 16 tahun: Perlukah kawal akses media sosial?
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,356 PATI ditangkap ketika Ops 6P Bersepadu

Aizat Sharif
Aizat Sharif
24/09/2013
11:00 MYT
4,356 PATI ditangkap ketika Ops 6P Bersepadu
Seramai 4,356 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah ditangkap sejak bermulanya Operasi 6P Bersepadu pada 1 September lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi ketika menjawab pertanyaan dari Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng menjelaskan bahawa warganegara Indonesia mencatatkan bilangan tangkapan paling tinggi.
“Sehingga 16 September, seramai 1,355 warga Indonesia ditangkap diikuti warga Myanmar seramai 941 orang dan diikuti warga Bangladesh seramai 597 orang,” kata Zahid.
Selain itu, lain-lain warganegara pula mencatatkan sebanyak 340 tangkapan dan warganegara Nepal yang ditangkap sebanyak 322 orang.
Tambah beliau, oleh kerana proses Operasi 6P Bersepadu masih berlangsung, proses penghantaran PATI ke negara asal mereka juga akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Lim dalam soalannya telah bertanyakan mengenai statistik-statistik mengikut warganegara, jumlah PATI yang ditahan dan yang telah dihantar balik ke negara asal mereka sepanjang berlangsungnya Operasi 6P Bersepadu.
Topic Berkaitan
#Indonesia
#Ops 6P
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan