awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

46 cerucuk besi dipasang kawal pergerakan tanah di Puchong

Bernama
Bernama
18/12/2023
04:28 MYT
46 cerucuk besi dipasang kawal pergerakan tanah di Puchong
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan dalam kenyataan berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk besi itu dimulakan sejak semalam. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 46 cerucuk besi dipasang setakat ini bagi mengawal pergerakan tanah di Jalan Wawasan, Puchong di sini, susulan kejadian tanah runtuh Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A.A Anbalagan dalam kenyataan berkata kerja-kerja pemasangan cerucuk besi itu dimulakan sejak semalam.
Beliau berkata terdapat pergerakan tanah dikesan melibatkan simen di depan pintu pagar beberapa rumah runtuh semalam.
"Sebuah kenderaan Honda City dikeluarkan menggunakan kren pada 6 petang semalam," katanya.
Sementara itu, Anbalagan berkata pusat pemindahan sementara yang menempatkan lapan orang daripada satu keluarga ditutup secara rasmi 9 malam tadi.
Pada Sabtu lepas, seramai 29 penghuni sembilan rumah teres di Taman Wawasan Puchong diarah berpindah atas faktor keselamatan berikutan kejadian tanah runtuh berhampiran kediaman mereka.
Sebelum ini dilaporkan sebanyak 375 cerucuk besi akan dipasang bagi mengawal pergerakan tanah di kawasan itu, selain sebuah kereta Honda City yang diparkir di tepi jalan dilihat terjunam ke dalam gaung akibat kejadian berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh
#taman wawasan
#Puchong
#Anbalagan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan