awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
ACLE: Sah! JDT bertemu juara bertahan, Arif Aiman juga ada
Surat Epstein: Mahkamah tolak saman fitnah US$10 bilion Trump terhadap WSJ
Konflik Asia Barat: Naib Presiden AS, Vance kata rundingan di Pakistan capai 'banyak kemajuan'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

50 penerbangan tertunda, 9 dilencongkan setelah menara kawalan Changi terpaksa dikosongkan

Bernama
Bernama
23/01/2020
02:30 MYT
50 penerbangan tertunda, 9 dilencongkan setelah menara kawalan Changi terpaksa dikosongkan
Buat sementara waktu, perkhidmatan kawalan lalu lintas udara disediakan daripada khidmat sokongan. - Gambar fail
Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Changi Singapura terganggu pada 12.10 tengah malam tadi setelah Menara Kawalan Changi terpaksa dikosongkan.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), menara kawalan itu terpaksa dikosongkan berikutan sistem halangan kebakaran diaktifkan.
Operasi penerbangan pulih pada pukul 1.40 pagi apabila menara kawalan itu kembali beroperasi, jelas CAAS.
"Buat sementara waktu, perkhidmatan kawalan lalu lintas udara disediakan daripada khidmat sokongan," menurut CAAS dalam catatan di laman Facebooknya kira-kira pukul 5 pagi hari ini.
Semasa tempoh berkenaan, CAAS memaklumkan bahawa terdapat 50 penerbangan berlepas tertunda selama 30 minit atau lebih manakala sembilan penerbangan ketibaan dilencongkan.
"Tiada kebakaran. Siasatan terhadap punca pengaktifan berkenaan sedang berjalan," jelas pihak berkuasa itu lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#caas
#kawalan lalu lintas udara
#kebakaran
#Lapangan Terbang Changi
#lencong
#menara kawalan
#operasi
#penerbangan
#siasatan
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan