awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis Konvokesyen CeIO dihadiri Azam Baki dikawal ketat
Stesen minyak kehabisan stok kes terpencil, bekalan negara mencukupi – Anthony Loke
PM Anwar umum peruntukan RM2 juta untuk Kompleks Akademi Sepak Takraw Malaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu, PM Anwar seru terus pelihara perpaduan

Sinar Harian
Sinar Harian
14/04/2026
03:30 MYT
Selamat Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu, PM Anwar seru terus pelihara perpaduan
Anwar berharap semoga tahun baharu itu membawa kebahagiaan yang menenangkan jiwa, kesihatan berpanjangan serta keberkatan melimpah kepada mereka yang menyambutnya. - Gambar/ FB Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat menyambut Tahun Baharu Chithirai, Hari Vaisakhi dan Vishu kepada seluruh masyarakat Tamil, Sikh dan Malayalee di negara ini.
Menerusi catatan di Facebook hari ini, Anwar berharap semoga tahun baharu itu membawa kebahagiaan yang menenangkan jiwa, kesihatan berpanjangan serta keberkatan melimpah kepada mereka yang menyambutnya.
“Dalam semangat ini, marilah kita terus memelihara perpaduan dengan penuh keinsafan dan tanggungjawab agar Malaysia kekal teguh sebagai sebuah negara yang makmur dan harmoni.
“Kepelbagaian yang kita warisi ini adalah asas yang menyatukan kita dalam satu ikatan kebersamaan dengan semangat saling menghormati, saling memahami dan saling memperkukuh,” menurut catatan itu.
Tahun Baharu Tamil ialah hari pertama dalam tahun mengikut kalendar Tamil sementara Hari Vaisakhi menandakan permulaan musim menuai menurut kalendar masyarakat Sikh dan Punjabi yang diraikan hari ini.
Sementara Hari Vishu yang diraikan esok oleh masyarakat Malayalee, menandakan permulaan tahun kalendar Malayalam serta melambangkan pembaharuan dan kemakmuran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Tahun Baharu Chithirai
#Hari Vaisakhi
#Hari Vishu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan