awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat termasuk dua pensyarah ditahan bantu siasatan rasuah projek penyelidikan IPTS
Israel serang jambatan dan landasan kereta api digunakan IRGC
MTEN teliti kesan krisis tenaga global, fokus lindungi rakyat - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 pelajar berpakaian biasa ke sekolah ekoran kebakaran kampung

Astro Awani
Astro Awani
22/04/2015
09:00 MYT
60 pelajar berpakaian biasa ke sekolah ekoran kebakaran kampung
60 pelajar dari perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi, Kedah dibenarkan berpakaian biasa ke sekolah ekoran kebakaran yang berlaku di perkampungan tersebut, Jumaat lalu. -Gambar hiasan
60 pelajar dari perkampungan nelayan Bukit Malut, Langkawi, Kedah dibenarkan berpakaian biasa ke sekolah ekoran kebakaran yang berlaku di perkampungan tersebut, Jumaat lalu.
Timbalan pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Mohd Jamil Mohd Noh berkata, pelajar-pelajar terbabit terpaksa berpakaian demikian kerana pakaian dan peralatan sekolah mereka hangus terbakar.
Keadaan yang sama juga berlaku ketika banjir besar di Kelantan baru-baru ini.
“Memang dibenarkan... apa yang penting ialah mereka hadir ke sekolah, jadi dari segi pakaian tu jatuh tempat kedua,” kata Mohd Jamil kepada pihak media selepas penyampaian sumbangan kepada mangsa kebakaran kampung nelayan Bukit Malut di Langkawi, Kedah.
Pelajar-pelajar terbabit menerima sumbangan RM300 setiap seorang bagi membeli keperluan dan peralatan sekolah.
Bapa kepada seorang pelajar, Zakaria Ismail berkata, kesemua keperluan sekolah anaknya musnah dalam kebakaran itu.
“Dua hari selepas kebakaran itu, cikgu telah memberi kelonggaran untuk pergi ke sekolah dengan memakai pakaian biasa,” kata Zakaria.
Dalam kejadian Jumaat lepas seramai 84 keluarga nelayan telah menjadi mangsa menjadi mangsa kebakaran.
Topic Berkaitan
#Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
#kebakaran
#Mohd Jamil Mohd Noh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan