awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 pengunjung pusat hiburan dikompaun langgar SOP PPN

Bernama
Bernama
26/12/2021
20:18 MYT
60 pengunjung pusat hiburan dikompaun langgar SOP PPN
Rupiah berkata kesemua pengunjung, berusia 19 hingga 64 tahun, serta pengurus dan tiga pekerja premis, dikompaun RM1,000. - Gambar fail BERNAMA
JOHOR BAHRU: Sebanyak 60 pengunjung sebuah pusat hiburan di kawasan Pusat Perdagangan Danga Utama di sini dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Rupiah Abd Wahid berkata pusat hiburan yang beroperasi tanpa lesen itu diserbu sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) pada awal pagi Ahad.
Beliau berkata ketika polis memasuki premis terbabit, pengunjung didapati sedang leka berhibur dengan muzik dipasang terlalu kuat.
"Pengurus pusat hiburan itu juga didapati gagal mengemukakan lesen hiburan dan kesemua pelanggan yang sedang leka berhibur itu melanggar SOP," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
Sehubungan itu, Rupiah berkata kesemua pengunjung terdiri daripada 39 lelaki dan 21 wanita kesemuanya warga tempatan, berusia 19 hingga 64 tahun itu serta pengurus dan tiga pekerja premis berkenaan dikompaun RM1,000 seorang mengikut Peraturan 17 (1) Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.
Katanya, kes turut disiasat mengikut Seksyen 6 (2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#prosedur operasi standard
#SOP
#PPN
#Pelan Pemulihan Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan