awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

66 pelayan pelanggan warga asing dicekup dalam Ops Gegar

Ernalisa Othman
Ernalisa Othman
11/02/2026
11:18 MYT
66 pelayan pelanggan warga asing dicekup dalam Ops Gegar
Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan berkenaan dilaksanakan sepasukan pegawai Bahagian Penguat Kuasa negeri hasil maklumat awam dan risikan selama dua minggu.
Seramai 66 pelayan pelanggan warga asing dicekup Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor dalam serbuan operasi Ops Gegar di sebuah kelab malam di daerah ini, malam tadi.
Operasi yang dijalankan kira-kira jam 10 malam itu menyasarkan premis hiburan yang dipercayai baru beroperasi kira-kira enam bulan lalu.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, serbuan berkenaan dilaksanakan sepasukan pegawai Bahagian Penguat Kuasa negeri hasil maklumat awam dan risikan selama dua minggu.
Menurut beliau, dalam operasi itu seorang lelaki tempatan berusia 38 tahun yang dipercayai pengurus premis turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Mereka yang ditahan terdiri daripada 47 warga Thailand, empat warga Indonesia, tiga warga Vietnam, lima warga India, lima warga Laos serta masing-masing dua dari Filipina dan China berusia antara 21 hingga 51 tahun, dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua warga asing berkenaan disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
Katanya, semua yang ditahan telah dibawa ke Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut.
Dalam operasi sama, dua keping Borang 29 iaitu saman kepada saksi turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.
Mohd Rusdi menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang imigresen.
“Tindakan tegas tanpa kompromi akan dikenakan terhadap pendatang tanpa izin serta majikan dan pemilik premis yang masih menggaji pekerja asing tanpa dokumen perjalanan dan pas atau permit yang sah,” katanya.
Topic Berkaitan
#GRO dicekup
#Imigresen dua serbuan
#Kelab malam diserbu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan