awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

87 peratus kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor

Bernama
Bernama
12/11/2020
10:05 MYT
87 peratus kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor
Gangguan bekalan air itu berlaku susulan henti tugas Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 serta Rantau Panjang akibat pencemaran pada Selasa dan bekalan air mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat sejak semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Sejumlah 1,110 atau 87 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor menerima bekalan air sepenuhnya setakat 3 petang tadi.
Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) Suhaimi Kamaralzaman berkata, baki 169 kawasan akan menerima bekalan air secara berperingkat dan gangguan itu dijangka pulih sepenuhnya pada 3 petang esok.
"Air Selangor juga ingin menekankan bahawa air yang dibekalkan kepada pengguna telah melalui ujian kualiti air dan mematuhi standard Kementerian Kesihatan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Gangguan bekalan air itu berlaku susulan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 serta Rantau Panjang akibat pencemaran pada Selasa dan bekalan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat sejak semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Air Selangor
#loji rawatan air
#Rantau Panjang
#Kuala Lumpur
#Putrajaya
#Selangor
#Suhaimi Kamaralzman
#bekalan air
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan