awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

887 kluster tempat kerja dari Januari hingga Jun 2021

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
30/06/2021
08:53 MYT
887 kluster tempat kerja dari Januari hingga Jun 2021
Sejak Januari 2021 sehingga 26 Jun 2021, sebanyak 887 kluster tempat kerja direkodkan di Malaysia daripada 2,244 jumlah kluster keseluruhan. - Foto ihsan PDRM
PUTRAJAYA: Sejak Januari 2021 sehingga 26 Jun 2021, sebanyak 887 kluster tempat kerja direkodkan di Malaysia daripada 2,244 jumlah kluster keseluruhan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah kluster juga meningkat dalam tempoh itu dengan 1,378 kluster sudah tamat dan 868 kluster masih lagi aktif.
Justeru, katanya, pelaksanaan Program Imunisasi Industri COVID-​19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) merupakan salah satu inisiatif untuk menangani isu tersebut.
“Tempat kerja ini bukan kilang saja. Kita ada sub kluster kilang pembuatan, sub kluster perkhidmatan awam, sub kluster perkhidmatan swasta, sub kluster restoran. Kalau kita lihat di sini, untuk kluster tempat kerja, cari gali ada tiga kluster, hotel ada tiga kluster.
“Ladang ada tiga kluster, pasaraya 52 kluster. Perkilangan, ini tinggi sikit, ada 284 kluster. Perkhidmatan awam ada 29 kluster, perkhidmatan swasta 82 kluster, restoran ada juga tempat kerja, ada 14 kluster.
“Tapak bina yang baru-baru ini kita lihat ada peningkatan sedikit kebelakangan ini, 47 kluster,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media mingguan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di Putrajaya pada Rabu yang turut dihadiri Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Tambahnya, menerusi PIKAS, kerajaan akan mengenal pasti lokasi berisiko dan meningkatkan vaksinasi di lokasi berkenaan.
Dalam pada itu, Dr Adham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga akan menggunakan peranti pintar dan Pulse Oxymeter di semua Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) di seluruh negara.
“Ini sebagai memeptingkatkan kecekapan dalam pemantauan pesakti COVID-19 yang menjalani pemerhatian dan pemantauan di rumah atau HSO.
“Peranti pintar adalah alat untuk memantau pesakit supaya tidak keluar daripada rumah atau tempat pengasingan.
“Manakala pulse oxymeter adalah untuk mengukur kadar oksigen seseorang yang akan tunjuk bacaan kadar oksigen sama ada normal atau kadar oksigen rendah,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#KKM
#kluster
#tempat kerja
#Kluster tempat kerja
#Putrajaya
#Dr Adham Baba
#Menteri Kesihatan
#PICK
#COVID-19
#Khairy Jamaluddin
#Kementerian Kesihatan
#kes baharu
#kes positif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan