awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
AirBorneo kekal harga tambang walaupun kos bahan api melonjak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

9,000 sasaran diserang dalam tempoh 10 hari serangan AS-Israel ke atas Iran

Bernama
Bernama
12/03/2026
07:07 MYT
9,000 sasaran diserang dalam tempoh 10 hari serangan AS-Israel ke atas Iran
Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas. - Gambar fail/AP
Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang 9,000 sasaran dalam tempoh 10 hari pertama serangan ke atas Iran, kata Datuk Bandar Tehran Alireza Zakani pada Khamis, lapor Anadolu Ajansi yang memetik televisyen kerajaan Iran.
Zakani menyatakan bahawa semasa perang 12 hari pada Jun 2025, sebanyak 1,450 sasaran telah diserang. Beliau menambah operasi pembersihan runtuhan berskala besar sedang dijalankan di bandar itu.
Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas. Pihak berkuasa Iran melaporkan bahawa serangan itu setakat ini telah mengorbankan lebih 1,200 orang, termasuk Pemimpin Agung Iran ketika itu Ayatollah Ali Khamenei, serta mencederakan lebih 10,000 yang lain.
Israel dan AS sebelum ini turut melancarkan serangan terhadap Iran pada Jun tahun lepas ketika rundingan antara AS dan Iran dengan pengantaraan Oman sedang berlangsung.
-- BERNAMA-ANADOLU
Topic Berkaitan
#AS
#Israel
#Iran
#sasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan