awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

94 peratus kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya setakat 9 malam ini

Bernama
Bernama
12/11/2020
15:32 MYT
94 peratus kawasan terjejas terima bekalan air sepenuhnya setakat 9 malam ini
Hanya 80 kawasan lagi masih terjejas dan dalam proses pemulihan untuk mendapatkan bekalan air sepenuhnya.
KUALA LUMPUR:Sejumlah 1,199 atau 94 peratus kawasan yang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual sekitar Lembah Klang telah menerima bekalan air sepenuhnya setakat 9 malam ini.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan dengan perkembangan itu, hanya 80 kawasan lagi masih terjejas dan dalam proses pemulihan untuk mendapatkan bekalan air sepenuhnya.
"Pengguna yang telah menerima bekalan air dinasihatkan untuk menggunakan air secara berhemat bagi memastikan pelan pemulihan bekalan air berjalan lancar seperti yang dijadualkan," menurutnya dalam kenyataan di sini malam ini.
Air Selangor akan memaklumkan status pemulihan bekalan air dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang di www.airselangor.com.
Pada Selasa, LRA Rantau Panjang serta SSP 1, 2 dan 3 terpaksa dihenti tugas menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual membabitkan 1,139,008 akaun pengguna di Lembah Klang berikutan pencemaran sumber air mentah.
Gangguan bekalan itu merangkumi 1,279 kawasan di Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bekalan air
#Lembah Klang
#Pulih
#Air Selangor
#LRA Rantau Panjang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan