awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angin kencang: 246 penerbangan dibatalkan, lebih 3,000 penumpang terkandas di Jeju
Iran sedia bertindak balas terhadap serangan Israel ke atas Lubnan - IRGC
Amaran ribut petir, hujan lebat di KL, labuan, 11 negeri hingga 10 malam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ABIM cadang penubuhan Pusat Penyelarasan Krisis Haji Nasional

Bernama
Bernama
06/04/2026
08:15 MYT
ABIM cadang penubuhan Pusat Penyelarasan Krisis Haji Nasional
Ahmad Fahmi berkata ABIM memahami ibadah haji adalah kewajipan agama yang tidak boleh dipertikaikan, namun dalam kerangka fikah dan tadbir urus kontemporari, konsep kemampuan (istita‘ah) perlu difahami secara holistik. - Gambar fail/BERNAMA
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mencadangkan penubuhan Pusat Penyelarasan Krisis Haji Nasional sebagai platform bersepadu bagi koordinasi antara agensi, susulan perkembangan geopolitik semasa di Asia Barat yang meningkatkan risiko keselamatan jemaah haji.
Presiden ABIM Ahmad Fahmi Mohd Samsudin berkata pusat penyelarasan itu juga boleh berfungsi memantau situasi secara masa nyata serta menyelaraskan tindak balas kecemasan merangkumi aspek keselamatan, logistik, kesihatan dan komunikasi awam.
Beliau berkata meskipun pengurusan haji Malaysia diiktiraf antara terbaik di dunia, ia perlu terus diperkasa melalui pendekatan yang lebih berasaskan penilaian risiko dan responsif terhadap dinamika keselamatan semasa dengan mengambil kira kemungkinan berlakunya perkembangan luar jangka.
“ABIM menyeru agar kerajaan Malaysia melalui Tabung Haji dan Wisma Putra melaksanakan penilaian risiko secara berterusan dan berasaskan data, termasuk penetapan ambang risiko yang jelas bagi menentukan sama ada operasi penghantaran jemaah boleh diteruskan, disesuaikan atau ditangguhkan sekiranya keadaan meruncing,” katanya dalam kenyataan.
Ahmad Fahmi berkata ABIM turut menekankan keperluan kepada satu doktrin kesiapsiagaan yang komprehensif dan telus kepada umum, merangkumi pelan evakuasi berskala besar, jaminan perlindungan melalui skim takaful menyeluruh, kesiapsiagaan perkhidmatan kesihatan serta mekanisme komunikasi krisis berkesan antara jemaah, pihak berkuasa dan keluarga di Malaysia.
Beliau berkata ABIM memahami ibadah haji adalah kewajipan agama yang tidak boleh dipertikaikan, namun dalam kerangka fikah dan tadbir urus kontemporari, konsep kemampuan (istita‘ah) perlu difahami secara holistik.
Ahmad Fahmi berkata ia termasuk dimensi keselamatan, kestabilan logistik serta kebolehlaksanaan pengurusan kecemasan sekiranya berlaku eskalasi konflik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ABIM
#Haji
#koordinasi
#Asia Barat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan