awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ada pihak rancang perhimpunan jalanan 21 Ogos ini, PDRM tidak akan tolak ansur - Acryl Sani

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
07/08/2021
13:22 MYT
Ada pihak rancang perhimpunan jalanan 21 Ogos ini, PDRM tidak akan tolak ansur - Acryl Sani
tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan dengan jelas mengabaikan keselamatan dalam situasi semasa COVID-19, tegas Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani. -Gambar fail
KUALA LUMPUR : Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil maklum berkenaan terdapatnya perancangan untuk mengadakan perhimpunan jalanan pada 21 Ogos ini.
Sehubungan itu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani menegaskan, PDRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan buat mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu nanti.
Ini kerana, tegas beliau, perancangan itu merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan dengan jelas mengabaikan keselamatan dalam situasi semasa COVID-19.
"PDRM meminta orang ramai untuk tidak menyertai sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang serta SOP yang sedang berkuat-kuasa.
"Demi keselamatan umum, PDRM tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang dikesan masih berdegil menganjurkan atau menyertai sebarang perhimpunan dan akan mengambil tindakan tegas dalam perkara ini," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Sabtu.
Topic Berkaitan
#perhimpunan jalanan
#Ketua Polis Negara
#Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani
#Polis Diraja Malaysia PDRM
#SOP
#pandemik
#COVID-19
#PPN
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan