awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga cedera dalam kejadian tembakan di sekolah di Songkhla, Thailand
Putera Mateen dan isteri kongsi gambar puteri sulung
Bekas setiausaha politik bekas KM Melaka, isteri ditahan terima rasuah RM3 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adakah maklumat Zahid lebih tepat daripada FBI? - Mahfuz Omar

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
13/01/2015
04:10 MYT
Adakah maklumat Zahid lebih tepat daripada FBI? - Mahfuz Omar
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di Pejabat Agung parti itu hari ini. - Foto AWANI
PAS menuntut penjelasan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar menyatakan dengan terperinci mengenai perkhidmatan keselamatan yang telah diberikan oleh warganegara Malaysia, Paul Phua, kepada kerajaan seperti yang dinyatakan dalam surat menteri tersebut.
"Ini melibatkan isu keselamatan negara. Sesungguhnya suatu malapetaka dan musibah yang besar jika pihak kerajaan sanggup berurusan dengan penjenayah kongsi gelap dalam hal membabitkan keselamatan negara," kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar dalam sidang media di Pejabat Agung parti itu hari ini.
PAS juga menanti penjelasan Ahmad Zahid berkenaan tindakan mengutus surat kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat melibatkan Paul yang didakwa sebagai raja judi berkenaan.
"Tindakan Menteri Dalam Negeri mengutus surat itu kelihatan seperti memberitahu FBI bahawa tanggapan mereka tentang Paul yang terlibat dalam kongsi gelap adalah tidak betul sebaliknya telah banyak membantu kerajaan dalam projek-projek keselamatan.
Mahfuz yang menyifatkan tindakan itu sebagai merendahkan tahap profesionalisme FBI menimbulkan persoalan sama ada maklumat Ahmad Zahid itu lebih tepat daripada agensi siasatan berkenaan.
Tambah beliau, sehingga ke hari ini, Ahmad Zahid masih belum jelaskan kepada umum berkenaan tindakan mengutus surat kepada badan siasatan tersebut dan
Menurut beliau, adalah sesuatu yang musykil apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bahawa Kabinet tidak tahu berkenaan surat tersebut.
"Adakah tindakan menteri itu masih berada dalam bidang kuasanya sehingga mengatasi Wisma Putra, PDRM mahupun Peguam Negara?" tanya beliau.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Mahfuz Omar
#PAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan