awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM teliti dokumen aduan dakwaan rasuah libatkan bekas menteri
'Anda idola saya' - PM Jepun sambut kunjungan Deep Purple menjelang konsert jelajah Mad In Japan Tour
Stefano Gabbana letak jawatan pengerusi Dolce & Gabbana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aduan kaki lipas dalam makanan: JKNPP siasat, periksa restoran terkenal - Exco

Bernama
Bernama
26/03/2026
09:18 MYT
Aduan kaki lipas dalam makanan: JKNPP siasat, periksa restoran terkenal - Exco
Gooi berkata JKNPP sentiasa komited dalam memastikan keselamatan makanan di Pulau Pinang berada pada tahap yang tinggi. - Gambar fail
Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) telah menjalankan siasatan di sebuah premis makanan terkenal di Lorong Pitt di sini, selepas menerima aduan penemuan menyerupai kaki lipas dalam hidangan daripada seorang pelanggan.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Zi Sen berkata hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan permis tersebut memuaskan dan telah menjalankan tindakan penambahbaikan walaupun terdapat beberapa aspek yang perlu diperbaiki.
"Sehubungan itu, arahan pembetulan dan penambahbaikan telah dikeluarkan kepada pihak premis bagi memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Makanan 1983 serta Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.
"Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut telah menjalankan siasatan dan melaksanakan pemeriksaan ke atas premis berkenaan pada 16 Mac lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, beliau berkata pihak pengusaha turut diberikan pendidikan kesihatan yang merangkumi amalan kebersihan premis, pengendalian makanan yang selamat serta pematuhan kepada peruntukan perundangan yang berkuat kuasa.
Gooi berkata JKNPP sentiasa komited dalam memastikan keselamatan makanan di Pulau Pinang berada pada tahap yang tinggi sementara tindakan pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dijalankan dari semasa ke semasa bagi melindungi kesihatan pengguna.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Uban A Kumaresan menerusi laman Facebooknya melahirkan kekecewaan apabila tiada tindakan pihak berkuasa seperti kompaun atau notis penutupan terhadap premis makanan susulan aduan penemuan kaki lipas dalam makanan yang dibuat oleh stafnya dua minggu lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JKNPP
#premis makanan
#lipas
#Siasat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan