awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BDR: Lebih 150,000 penyertaan, penjimatan minyak lebih RM600,000
Indonesia pertimbang kenakan bayaran ke atas kapal lalu Selat Melaka - Laporan
Kes seleweng dana zakat: IKRAM rehatkan tiga individu, beri kerjasama penuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan hulur kurniaan peribadi bantu mangsa kebakaran di Sandakan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
22/04/2026
07:05 MYT
Agong berkenan hulur kurniaan peribadi bantu mangsa kebakaran di Sandakan
Sultan Ibrahim menitahkan YSIJ untuk menghubungi Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga yang terkesan akibat kebakaran. - Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menghulurkan kurniaan peribadi bagi membantu keluarga yang terjejas dalam tragedi kebakaran di Kampung Bahagia, Sandakan, Sabah, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda bertitah sumbangan akan disampaikan menerusi Yayasan Sultan Ibrahim Johor (YSIJ) dalam meringankan beban keluarga yang terlibat dalam tragedi berkenaan.
Justeru, Sultan Ibrahim menitahkan YSIJ untuk menghubungi Kerajaan Negeri Sabah dalam memastikan sumbangan dapat disalurkan kepada keluarga yang terkesan akibat kebakaran.
“Ramai yang kehilangan tempat tinggal dalam tragedi ini. Saya mendoakan agar mangsa kebakaran diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi dugaan yang menimpa mereka,” titah Seri Paduka Baginda.
Pada Ahad lepas, kebakaran besar di perkampungan atas air Kampung Bahagia di Sandakan telah memusnahkan kira-kira 1,000 rumah dan menjejaskan lebih 9,000 penduduk.
Kebakaran itu melibatkan kawasan seluas lebih empat hektar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Agong
#Sultan Ibrahim
#kebakaran
#sumbangan
#Kampung Bahagia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan