awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong berkenan sampaikan Anugerah Kepimpinan Dan Keusahawan Hokkien Malaysia

Bernama
Bernama
27/08/2022
21:03 MYT
Agong berkenan sampaikan Anugerah Kepimpinan Dan Keusahawan Hokkien Malaysia
Agong berkenan bergambar bersama sebahagian tetamu ketika berangkat tiba ke Majlis Makan Malam Anugerah Keusahawanan Hokkien Peringkat Kebangsaan anjuran Persekutuan Persatuan-Persatuan Hokkien Malaysia di Kuala Lumpur malam tadi. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menghadiri majlis makan malam Anugerah Kepimpinan dan Keusahawanan Hokkien Malaysia Peringkat Kebangsaan, di sini malam tadi.
Al-Sultan Abdullah yang tiba pada kira-kira pukul 8.30 malam meluangkan masa hampir dua jam di majlis yang dianjurkan sempena ulang tahun ke-65 Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia, dan Seri Paduka Baginda turut berkenan menyampaikan anugerah kepada 10 penerima.
Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dan Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia Tan Sri Lim Hock San.
Lim dalam ucapannya berkata para penerima anugerah itu terdiri daripada mereka yang telah mempamerkan ketokohan bukan hanya dari segi mengaut keuntungan, tapi juga telah membuktikan bahawa bidang yang diceburi mereka cukup mampan.
"Mereka adalah dalam kalangan individu dan usahawan yang bekerja keras dalam memupuk kerjasama ekonomi dua hala Malaysia-China, di samping pembangunan perdagangan, dan meningkatkan hubungan politik antara dua negara," katanya.
Antara penerima anugerah ialah Duta Khas Perdana Menteri ke China Datuk Seri Tiong King Sing yang ketokohannya diiktiraf bagi kategori perkhidmatan cemerlang nasional.
Seorang lagi penerima ialah Pengerusi Eksekutif Top Glove Corporations Bhd Tan Sri Dr Lim Wee Chai bagi kategori keunggulan korporat.
Objektif Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia adalah untuk menyatukan kaum Hokkien di samping meningkatkan pembangunan pendidikan dan kebudayaan, semasa menjalankan kerja-kerja amal bagi manfaat masyarakat.
Wee pula dalam ucapannya berharap agar Persekutuan Persatuan-persatuan Hokkien Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam membantu masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Anugerah Kepimpinan dan Keusahawanan Hokkien Malaysia
#Wee Ka Siong
#Hokkien Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan