awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong seru rakyat agar lebih waspada hadapi kemungkinan banjir

Eton Khir
Eton Khir
29/12/2021
07:30 MYT
Agong seru rakyat agar lebih waspada hadapi kemungkinan banjir
Seri Paduka Baginda menyeru agar semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana banjir sebelum ini untuk membaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi urusan pasca banjir. - Foto: Istana Negara
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’Ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta’In Billah menasihati agar rakyat khususnya di negeri-negeri pantai timur, Johor dan Sabah, bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir besar akibat hujan lebat yang berterusan.
Kenyataan ini dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin pada Rabu.
Titah itu, susulan amaran tahap waspada (kuning), iaitu hujan berterusan yang akan dialami beberapa daerah di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Sabah sepanjang minggu ini hingga dua Januari 2022 yang telah dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia kelmarin.
"Seri Paduka Baginda turut menasihati rakyat, khususnya di kawasan berisiko dilanda banjir, agar lebih peka terhadap ramalan dan amaran yang telah dikeluarkan serta sentiasa berwaspada bagi mendepani isu banjir akibat hujan lebat yang berterusan.
"Pada masa sama, baginda menegaskan agar rakyat mematuhi semua arahan panduan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan termasuk jika dikehendaki berpindah dari kediaman masing-masing demi keselamatan diri dan ahli keluarga," kata kenyataan itu.
Di samping itu, Seri Paduka Baginda menyeru agar semua pihak mengambil iktibar daripada pengalaman bencana banjir sebelum ini untuk memperbaiki sebarang kelemahan dan kekurangan dalam menghadapi urusan pasca banjir.
Sehubungan dengan itu, Seri Paduka Baginda menasihati pihak agensi kerajaan yang berkaitan dan pihak berkuasa tempatan agar tidak leka sebaliknya proaktif dengan tindakan pantas dan berkesan demi memastikan kesiapsiagaan, koordinasi serta penyelarasan pengurusan di tahap terbaik bagi menghadapi gelombang kedua banjir.
"Diharapkan ia akan disusuli tindakan yang terancang, operasi-operasi menyelamat dan menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap, khususnya mereka yang berada di kawasan berkepadatan tinggi dan juga pedalaman," titah baginda.
Sultan Abdullah turut menyeru semua rakyat untuk bersama-sama mendoakan agar gelombang kedua banjir yang akan berlaku ini tidak berpanjangan dan negara serta rakyat dilindungi daripada sebarang bentuk musibah dan bencana.
Topic Berkaitan
#banjir
#Pantai Timur
#Yang di-Pertuan Agong
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan