awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] “Saya tidak mempunyai sebarang pegangan saham lagi” – Azam Baki
[TERKINI] Isu pemilikan saham: Azam Baki akan hantar surat tuntutan kepada Bloomberg esok
Kerajaan Selangor teliti aduan Orang Asli Pulau Carey berkait projek Westports 2
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agong zahir takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Abdul Rahman

Bernama
Bernama
16/08/2020
11:23 MYT
Agong zahir takziah kepada keluarga Tan Sri Dr Abdul Rahman
Allahyarham dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM pada 15 Dis 2002 dan meninggalkan seorang isteri Puan Sri Noor Hayati Mohamed.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan takziah kepada isteri dan keluarga Pro-Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad yang meninggal dunia hari ini.
Dalam kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Istana Negara, Seri Paduka turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan berharap seluruh keluarga Allahyarham bersabar dan tabah menghadapi suasana sedih dan pilu itu.
"Seri Paduka Baginda mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
"Seri Paduka Baginda selaku Canselor UiTM, amat menghargai khidmat dan bakti Allahyarham kepada UiTM dan dunia pendidikan negara. Al-Sultan Abdullah turut menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada negara," demikian menurut kenyataan itu.
Allahyarham meninggal dunia pagi tadi pada usia 83 tahun akibat sakit tua di kediamannya di Taman Ampang Utama, Ampang dekat sini.
Allahyarham dilantik sebagai Pro-Canselor UiTM pada 15 Dis 2002 dan meninggalkan seorang isteri Puan Sri Noor Hayati Mohamed.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#keluarga
#meninggal dunia
#pendidikan
#UiTM
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan