awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
Rakyat Malaysia di Asia Barat selamat, Putrajaya terus pantau situasi serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli IEA setuju lepas rizab minyak kecemasan

Bernama
Bernama
11/03/2026
16:24 MYT
Ahli IEA setuju lepas rizab minyak kecemasan
Negara anggota IEA kini memiliki lebih 1.2 bilion tong rizab kecemasan selain 600 juta tong lagi stok industri yang disimpan di bawah kewajipan kerajaan. - Foto IEA

Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) mengesyorkan pelepasan 400 juta tong minyak daripada stok simpanan, langkah terbesar seumpamanya dalam sejarah agensi itu, kata Pengarah Eksekutifnya Fatih Birol pada Rabu.

Beliau berkata 32 negara anggota IEA sebulat suara bersetuju untuk menyediakan 400 juta tong minyak daripada rizab kecemasan untuk pasaran.
Menurut Birol pelepasan itu akan dibuat mengikut tempoh masa yang bersesuaian dengan keadaan negara setiap anggota.
Sekretariat IEA akan memberikan butiran lanjut mengenai pelaksanaan tindakan kolektif itu dalam masa terdekat, sambil agensi itu terus memantau rapat pasaran minyak dan gas global.
Negara anggota IEA kini memiliki lebih 1.2 bilion tong rizab kecemasan selain 600 juta tong lagi stok industri yang disimpan di bawah kewajipan kerajaan.
Konflik di Asia Barat menjejaskan aliran minyak melalui Selat Hormuz, dengan jumlah eksport minyak mentah dan produk petroleum ditapis kini jatuh kepada kurang daripada 10 peratus daripada paras sebelum konflik, menurut IEA.
Langkah melepaskan rizab minyak kecemasan itu dibuat menjelang mesyuarat dalam talian pemimpin Kumpulan (G7) yang dijadualkan berlangsung lewat hari ini bagi membincangkan kesan ekonomi akibat konflik antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran.
Menteri tenaga G7 di bawah kepengerusian Perancis turut mengadakan persidangan video pada Selasa, ketika pasaran minyak berdepan turun naik harga yang ketara.
Pada Isnin, harga minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa, seketika meningkat kepada sekitar US$119 setong, paras tertinggi sejak pertengahan 2022.
Dalam satu kenyataan pada Rabu, menteri terbabit menyatakan sokongan terhadap langkah proaktif bagi menangani situasi semasa, termasuk penggunaan rizab strategik.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Perancis
#IEA
#rizab minyak kecemasan
#pelepasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan