awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli lembaga koperasi direman kes pelaburan RM3.2 juta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/10/2024
06:30 MYT
Ahli lembaga koperasi direman kes pelaburan RM3.2 juta
Perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
IPOH: Seorang ahli lembaga sebuah koperasi agensi kerajaan direman lima hari bagi membantu siasatan kes melibatkan wang pelaburan bernilai RM3.2 juta.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Hanum Mohamad Sah di Mahkamah Majistret Ipoh pada Selasa, selepas menerima permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perintah reman terhadap lelaki berusia 46 tahun itu dikeluarkan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Dia yang berpakaian baju lokap SPRM tiba di mahkamah kira-kira jam 10.24 pagi dan keluar 25 minit kemudian
Lelaki itu yang juga Pegawai Khas Projek ditahan kira-kira jam 2.25 petang Isnin ketika memberi keterangan di pejabat SPRM Perak di Meru.
Difahamkan penahanan lelaki berkenaan dibuat bagi membantu siasatan kes penyalahgunaan kedudukan untuk dua pelaburan, masing-masing melibatkan RM700,000 dan RM2.5 juta.
Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Ahmad Sabri Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#SPRM
#ahli lembaga koperasi
#agensi kerajaan
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan