awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Road to Gold akan bermesyuarat Mei ini - Menteri
NADMA komited laksana pembenihan awan pastikan paras empangan selamat
Zii Jia kini pulih sepenuhnya - Daren 
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid ada peluang cerah untuk menjadi PM seterusnya – KJ

Shafiqa Azami
Shafiqa Azami
20/02/2026
10:22 MYT
Ahmad Zahid ada peluang cerah untuk menjadi PM seterusnya – KJ
Khairy menyatakan bahawa peluang Ahmad Zahid untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya dilihat semakin cerah menjelang pilihan raya umum akan datang. - Gambar Bernama
Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berpandangan peluang Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadi Perdana Menteri seterusnya semakin cerah menjelang pilihan raya umum akan datang.
Menurut beliau, situasi politik semasa yang menyaksikan beberapa parti berdepan perpecahan dalaman memberi kelebihan kepada UMNO yang dilihat lebih stabil ketika ini.
“Saya rasa kemungkinan Ahmad Zahid boleh menjadi Perdana Menteri yang akan datang semakin cerah. The odds are shortening.
“Kalau kita tengok hampir semua parti politik sedang mengalami ‘rupture’, perang saudara dan perpecahan dalaman. UMNO pula, sama ada kita suka atau tidak, nampak sangat stabil,” katanya.
Beliau berkata demikian menerusi audio siar Keluar Sekejap.
Khairy yang sebelum ini dipecat daripada UMNO turut mengakui bahawa kestabilan parti itu memberi gambaran positif kepada rakyat, khususnya dalam aspek pengurusan perbezaan pendapat dalam kalangan pimpinan.
“Kita boleh bincang soal gerakan taktikal Ahmad Zahid dan sebagainya, tetapi ia memberi gambaran kepada rakyat bahawa beliau boleh mengurus perbezaan dengan sangat baik.
“Lihat sahaja bagaimana beliau menangani perbezaan pendirian Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh. Walaupun pandangan mereka sangat berbeza, ia tidak menyebabkan sebarang perpecahan dalam UMNO,” ujarnya.
Menurutnya lagi, setakat ini UMNO dilihat sebagai parti yang paling teratur dan tidak berdepan masalah dalaman besar berbanding parti lain.
“Daripada semua parti yang ada sekarang, yang nampak sangat teratur dan tidak ada masalah dalaman adalah UMNO.
“Malah parti lain pun sedang berdepan ketegangan antara beberapa kumpulan, tetapi UMNO nampak stabil,” katanya.
Sehubungan itu, Khairy berpendapat jika momentum tersebut dapat dikekalkan sehingga pilihan raya akan datang, peluang Ahmad Zahid untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri adalah semakin terbuka.
“Dalam keadaan politik hari ini, saya rasa kebarangkalian itu semakin meningkat dengan cepat untuk Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri Malaysia yang seterusnya. Itu pandangan saya,” katanya.
Topic Berkaitan
#Keluar Sekejap
#PRU
#masalah dalaman
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan