awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid mahu pelaksanaan sistem sewaan tanah pertanian dikaji semula

Bernama
Bernama
17/03/2024
21:30 MYT
Ahmad Zahid mahu pelaksanaan sistem sewaan tanah pertanian dikaji semula
Ahmad Zahid berkata ini kerana kebanyakan pengusaha tempatan yang memperoleh manfaat itu bertindak menyewakannya kepada warga asing untuk diusahakan. - Foto BERNAMA
DUNGUN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada Ahad berkata pelaksanaan sistem sewaan tanah pertanian khususnya untuk penanaman sayur kepada pengusaha tempatan perlu dikaji semula bagi mengelakkan sektor itu dikuasai warga asing.
Beliau berkata ini kerana kebanyakan pengusaha tempatan yang memperoleh manfaat itu bertindak menyewakannya kepada warga asing untuk diusahakan.
"Sektor 3D iaitu dirty, difficult and dangerous ini tidak disertai oleh rakyat tempatan dan kita tahu bahawa kawasan utama penanaman sayur diberikan secara lease hold atau sewaan kepada rakyat tempatan tetapi mereka memberikan pula peluang ini kepada warga asing.
"Saya fikir dalam perkara ini, sistem itu sudah baik tetapi pelaksanaannya harus dilihat semula serta tentunya bahagian penguatkuasaan, Pejabat Daerah dan Tanah dan lembaga tertentu mesti mengambil tindakan. Kita harus melihat penyelesaiannya secara holistik," katanya.
Ahmad Zahid mengulas laporan sebuah akhbar tempatan bahawa rantaian pembekalan sayur-sayuran di Malaysia kini mula dikuasai pendatang asing yang bertindak memperluas kawasan yang diusahakan secara haram sehingga mencecah 1,000 hektar.
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan di Masjid Sultan Mahmud, Bandar Al Muktafi Billah Shah di sini yang turut dihadiri timbalannya Datuk Rubiah Wang.
Ahmad Zahid juga menyeru masyarakat beragama Islam di negara ini mendukung fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia dan kerajaan negeri agar tidak terpengaruh dengan dakyah serta penularan ajaran sesat.
Mengulas dakwaan mengenai cubaan gerakan tertentu untuk menghidupkan kembali ajaran Ayah Pin atau Kerajaan Langit yang telah difatwakan sebagai sesat pada 1997 oleh pihak berkuasa di Besut, beliau berkata ajaran sebenar Islam adalah bersandarkan nas al-Quran, hadis, qiyas dan ijmak ulama.
Tular di media sosial dakwaan individu tertentu bahawa wujud gerakan yang berhasrat menghidupkan kembali ajaran Ayah Pin, atau nama sebenarnya Ariffin Muhamad, di sekitar daerah Besut baru-baru ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#warga asing
#rakyat tempatan
#secara holistik
#penanaman sayur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan