awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Bekalan barang keperluan mencukupi - Zawawi

Bernama
Bernama
30/04/2022
05:28 MYT
Aidilfitri: Bekalan barang keperluan mencukupi - Zawawi
Datuk Nik Muhammad Zawawi (kiri) mencuba bakat membungkus ketupat pada Program Semarak Syawal FAMA di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC), Tunjong hari ini. - Gambar BERNAMA
KOTA BHARU: Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli bahan mentah barangan keperluan dalam kuantiti yang banyak menjelang sambutan Aidilfitri ini.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, ia bagi mengelak berlaku ketiadaan bekalan terbabit sehingga mengakibatkan pengguna lain terkesan kerana sukar mendapatkan barangan yang diingini.
"MAFI telah berbincang dengan syarikat-syarikat pengeluar ayam dan pengimport daging, malah mereka sedia memberi kerjasama memastikan bekalan makanan di musim perayaan mencukupi," kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri Program Semarak Syawal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) dekat Tunjong, di sini hari ini.
Ahli Parlimen Pasir Puteh itu berkata, pengguna kini boleh menikmati harga diskaun 10 hingga 20 peratus bagi bekalan bahan mentah itu menerusi pelaksanaan Program My Best Buy Karnival Raya yang membabitkan 797 outlet pemasaran di seluruh negara yang dianjurkan MAFI. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#barangan keperluan mencukupi
#pembelian panik
#Nik Muhammad Zawawi Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan