awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
Sedia asrama khas antara kaedah atasi masalah pelajar di sempadan - Mohamed Fadzli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aidilfitri: Lebih 30 kemalangan dilaporkan di laluan Gua Musang sejak semalam - Polis

Bernama
Bernama
19/03/2026
14:33 MYT
Aidilfitri: Lebih 30 kemalangan dilaporkan di laluan Gua Musang sejak semalam - Polis
Keadaan Lalu Lintas semakin sesak di Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama Ekspres berikutan para perantau pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri, ketika tinjauan hari ini. - Gambar Bernama
Lebih 30 kemalangan kecil dilaporkan berlaku sepanjang laluan di Gua Musang sejak semalam, dipercayai akibat faktor kepenatan memandu terlalu lama dan jauh.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintenden Sik Choon Foo berkata kebanyakan kemalangan berlaku di lebuh raya Kuala Lipis, Pahang-Gua Musang, jalan Persekutuan dan negeri di daerah itu.
“Lebih kurang 20 kemalangan dilaporkan berlaku semalam manakala 15 kes kemalangan pula berlaku setakat petang tadi. Bagaimanapun tiada kemalangan maut berlaku.
“Cuma pelanggaran kecil antara kenderaan seperti terlanggar bahagian belakang kereta orang lain dan sebagainya,” katanya selepas Program Ops Selamat Peringkat Gua Musang dan Majlis Berbuka Puasa di Stesen Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Mentara di sini hari ini.
Sik berkata penarikan dilakukan sepanjang 10 hingga 12 kilometer bagi menyuraikan kesesakan di pintu masuk negeri itu secara berkala sejak semalam.
Beliau berkata sebanyak lima kali penyuraian dilakukan dalam tempoh dua hari dan setiap kali penyuraian memakan masa sehingga satu jam setengah bagi mengurangkan kesesakan di jalan Kuala Lipis-Gua Musang.
“Penarikan trafik dijalankan dengan membuka dua lorong menghala ke bandar Gua Musang, pada masa sama menutup laluan bertentangan buat seketika.
“Itulah jarak penarikan yang perlu kami lakukan supaya terdapat sedikit ruang untuk kenderaan masuk ke Kelantan. Kami akan laksanakan sekali atau dua kali lagi penyuraian trafik untuk memastikan rakyat dapat balik beraya di kampung halaman masing-masing,” katanya.
Beliau turut mencadangkan pengguna jalan raya supaya menggunakan alternatif lain seperti Lebuhraya Pantai Timur (LPT), Lebuhraya Timur Barat (LRTB) dan Simpang Pulai, Perak untuk mengelakkan kesesakan masuk ke negeri berkenaan.
“Saya ingin menasihatkan pengguna agar berhati-hati, bertolak ansur serta memastikan kenderaan masing-masing berada dalam kondisi yang baik supaya tidak berlaku kerosakan ketika menghadapi kesesakan kerana ia boleh menyebabkan aliran trafik bergerak perlahan dan bertambah teruk,” katanya.
Pada program itu, sebanyak 300 pek makanan berbuka puasa diagihkan kepada perantau yang melalui jalan Gua Musang-Kuala Lipis.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Lebuhraya Lingkaran Tengah Utama Ekspres
#Aidilfitri
#kampung halaman
#aliran trafik
#pek makanan(150487)
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan