awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis ditempatkan di 151 stesen minyak berisiko tinggi - Fadillah
Malaysia catat 3.36 juta ancaman siber berasaskan web pada 2025 - Kaspersky
Vietnam keluar amaran risiko wabak meningokokus selepas empat kes kematian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air pasang besar: 70 penduduk Beruas dipindahkan ke PPS

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/11/2021
20:33 MYT
Air pasang besar: 70 penduduk Beruas dipindahkan ke PPS
Seramai 42 orang petugas daripada pelbagai agensi bertugas memantau keadaan banjir susulan fenomena air pasang besar di Beruas. - Gambar fail
BERUAS: Seramai 70 orang penduduk dari 21 keluarga di PPRT Panchor, dekat sini, dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) apabila rumah mereka dilanda banjir kilat ekoran fenomena air pasang besar, malam tadi.
Mereka terdiri daripada 26 lelaki dewasa, 25 wanita dewasa, lapan kanak-kanak lelaki dan 11 kanak-kanak perempuan.
Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Manjung, mereka ditempatkan di PPS di Sekolah Kebangsaan Panchor yang dibuka pada 10 malam.
“Jumlah mangsa bertambah lapan orang daripada dua keluarga, berbanding ketika pusat itu mula-mula dibuka,” katanya dalam kenyataan awal pagi ini.
Katanya, ketika ini keadaan adalah baik dan terkawal dengan paras air sekitar 0.2 meter.
Seramai 42 orang petugas daripada pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam, polis, bomba, Rela, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pengairan dan Saliran bertugas untuk memantau keadaan.
Topic Berkaitan
#air pasang besar
#PPS
#Beruas
#SK Panchor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan