awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada individu atasi undang-undang, dakwaan libat Ketua Pesuruhjaya SPRM diteliti - Kulasegaran
Kadar zakat fitrah Perlis kekal RM9
Bekas guru Perancis didakwa cabul 89 remaja sejak 1960-an
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AirAsia setuju tingkat kekerapan penerbangan Kuching-Sibu mulai 1 Ogos - Lee Kim Shin

Bernama
Bernama
19/07/2020
20:53 MYT
AirAsia setuju tingkat kekerapan penerbangan Kuching-Sibu mulai 1 Ogos - Lee Kim Shin
AirAsia telah bersetuju untuk meningkatkan kekerapan perjananan Kuching-Sibu-Kuching daripada tujuh kali seminggu kepada 21 penerbangan seminggu, kata Lee Kim Shin. -BERNAMA
Airasia Berhad (AirAsia) telah bersetuju untuk meningkatkan lagi kekerapan penerbangan bagi perjalanan antara Kuching dan Sibu kepada 21 penerbangan seminggu bermula 1 Ogos, kata Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin.
Katanya, AirAsia sebagai satu-satunya syarikat penerbangan yang mengadakan penerbangan bagi sektor itu pada masa ini mengendalikan tujuh penerbangan seminggu, dan berdasarkan kepada pandangan orang ramai, jumlah itu agak rendah bagi memenuhi keperluan penumpang antara kedua destinasi.
"AirAsia telah bersetuju untuk meningkatkan kekerapan perjananan Kuching-Sibu-Kuching daripada tujuh kali seminggu kepada 21 penerbangan seminggu atau daripada 1 kepada tiga penerbangan sehari," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata memandangkan negeri itu masih lagi di bawah tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kesemua penumpang perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (SDMC).
"Saya percaya, peningkatan kekerapan penerbangan bukan sahaja bagi memenuhi permintaan orang ramai, tetapi lebih penting lagi untuk membantu meningkatkan pemulihan ekonomi negeri terutamanya industri pelancongan," tambah beliau lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#AirAsia
#AirAsia Berhad
#keselamatan
#Kuching
#operasi
#pelancongan
#penerbangan
#Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan
#PKPP
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan