awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AMK gesa majikan laksana WFH bersasar tangani kos sara hidup
Astro Audio dekati masyarakat menerusi edaran bubur lambuk sempena Ramadan
AirBorneo kekal harga tambang walaupun kos bahan api melonjak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AS akan bertindak dengan kekuatan belum pernah dilihat jika Iran balas serangan - Trump

Astro AWANI
Astro AWANI
01/03/2026
06:30 MYT
AS akan bertindak dengan kekuatan belum pernah dilihat jika Iran balas serangan - Trump
Trump menegaskan bahawa sebarang tindakan agresif daripada Iran akan dibalas dengan serangan yang jauh lebih dahsyat daripada apa yang pernah dialami negara itu. -Gambar fail/Reuters
Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengeluarkan amaran keras kepada Iran agar tidak meneruskan serangan balas, sambil menegaskan Washington bersedia menggunakan kekuatan ketenteraan yang tidak pernah disaksikan sebelum ini.
Kenyataan itu dibuat melalui hantaran di Truth Social sebagai respons terhadap amaran Tehran yang berikrar untuk menyerang kepentingan AS dan Israel dengan lebih hebat hari ini.

Trump menegaskan bahawa sebarang tindakan agresif daripada Iran akan dibalas dengan serangan yang jauh lebih dahsyat daripada apa yang pernah dialami negara itu.
Kenyataan terbaharu Trump ini menyusul selepas Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) mengumumkan gelombang serangan ke atas 27 pangkalan tentera AS di seluruh Asia Barat serta ibu pejabat tentera Israel di Tel Aviv.
Presiden AS itu menegaskan bahawa Iran tidak seharusnya mencabar keupayaan ketenteraan Washington, terutamanya di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak selepas kematian Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.
Amaran tersebut dilihat sebagai usaha untuk menghalang Iran daripada melancarkan serangan berskala besar yang dirancang sebagai tindak balas terhadap pencerobohan ke atas kedaulatan mereka.
Situasi di rantau itu kini berada pada tahap paling kritikal dengan kedua-dua pihak saling bertukar ancaman serangan berskala penuh.
Pihak Pentagon dilaporkan telah meningkatkan status kesiapsiagaan semua aset ketenteraan mereka di rantau tersebut bagi menghadapi sebarang kemungkinan serangan peluru berpandu atau dron dari Iran.
Ucapan Trump turut mencetuskan kebimbangan antarabangsa mengenai potensi meletusnya perang berskala besar di Asia Barat yang melibatkan kuasa utama dunia.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Iran
#Amerika Syarikat
#serangan balas
#IRGC
#Khamenei
#Ketegangan Timur Tengah
#TRUTH Social
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan