awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Akibat salah faham, lelaki bakar motosikal milik pekerjanya

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
11/06/2021
05:04 MYT
Akibat salah faham, lelaki bakar motosikal milik pekerjanya
Perbuatan suspek disaksikan ibunya dan seorang jiran yang cuba menghalang tindakan itu namun gagal. - PDRM
KEPALA BATAS: Hanya kerana perselisihan faham, seorang lelaki bertindak membakar motosikal milik seorang pekerjanya dalam kejadian di sebuah kilang memproses ayam di Tasek Gelugor, Pulau Pinang Selasa lalu.
Suspek merupakan pemilik kilang berusia 40 tahun dipercayai berbuat demikian selepas tidak berpuas hati dengan mangsa yang meminjam keretanya sehingga kehabisan petrol dan rosak.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa berusia 35 tahun mendakwa motosikalnya terbakar dan hanya tinggal rangka pada Selasa lalu.
"Dia mengesyaki perbuatan itu dilakukan majikannya kerana sehari sebelum kejadian berlaku perselisihan faham antara mereka berdua," katanya.
Menurut Noorzainy, pada Isnin lalu, mangsa telah meminjam kereta suspek untuk berjumpa dengan kawannya di Kubang Menerong, Tasek Gelugor.
Bagaimanapun, kereta tersebut kehabisan petrol dan menyebabkan mangsa meninggalkan kenderaan tersebut di tepi jalan.
"Mangsa kembali semula bersama suspek keesokan harinya untuk mengisi petrol dan membawa balik kenderaan tersebut namun kenderaan itu tidak dapat dihidupkan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.
Noorzainy berkata, suspek yang tidak berpuas hati kemudian menuju ke kilangnya lalu membakar motosikal milik mangsa.
Perbuatan suspek disaksikan ibunya dan seorang jiran yang cuba menghalang tindakan itu namun gagal.
Katanya, suspek juga dikatakan menghantar gambar motosikal yang sedang terbakar kepada mangsa.
"Hasil siasatan mendapati motosikal itu ditinggalkan suspek sejak seminggu lalu di kilang tersebut kerana mengalami kerosakan,” katanya.
Susulan laporan mangsa, suspek kemudiannya ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah SPU kira-kira jam 1 petang Khamis.
Pihak polis turut merampas telefon bimbit, cebisan kain berwarna coklat yang terdapat kesan terbakar, pemetik api dan sekeping nombor plat kenderaan yang terbakar.
Noorzainy berkata, hasil siasatan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau manakala saringan air kencingnya juga negatif dadah.
Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan perbuatan khianat menggunakan api.
Topic Berkaitan
#bakar
#motosikal
#kilang ayam
#Dadah
#petrol
#Kanun Keseksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan